(HR AHMAD)

(HR AHMAD)

“Di tengah-tengah kalian terdapat masa Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Diaberkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa kekuasaan yang zalim yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa kekuasaan diktator yang menyengsarakan, yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj kenabian.” Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad).

Thursday, October 20, 2011

La Tahzan (Jangan Bersedih)


Assalammualaikum sahabat,harap sihat-sihat dan senyum sokmo...hehe..

Sahabat, bila hati terasa sedih dan berat sangat2.....ingat la ayat ni sahabatku, kerana bila Ana terasa sedih Ana akan ingat ayat ni je...Alhamdulillah, ALLAH tabahkan hati Ana...terasa ringan sikit....

"La Khauf Wala Tahzan, Innallaha m'ana" yang membawa maksud Jangan takut dan jangan bersedih, ALLAH menyertai (menolong) kita...Demikianlah maksud firman ALLAH S.W.T dalam Al-Quran.


Jadi kenapa kita perlu bersedih hai sahabat?

Ana ingin berkongsi dengan sahabat sedikit petikan yang Ana ingat dalam buku La Tahzan yang Ana baca beberapa bulan lepas, semoga ia memberi satu pergertian yang berharga kepada sahabat untuk berfikir.

Hari esok masih berada di alam ghaib. Tiada seorang pun yang mengetahui secara pasti apa yang akan berlaku esok. Bahkan sesaat akan datang pun masih menjadi rahsia. Maka untuk apa bersedih dan cemas dengan sesuatu yang belum tentu terjadi. Fokuskanlah perhatian kita untuk hari ini. Hari inilah yang sedang kita jalani, bukan semalam yang telah berlalu dan juga bukan esok yang belum tentu datang. Anggaplah kita hanya hidup pada hari ini. Dari itu, lakukanlah segalanya dengan usaha yang terbaik. Isilah hari ini dengan kebaikan dan pekara-pekara yang berguna. Dengan itu, kita tidak akan terhuyung-hayang di antara tompokan keresahan, kesedihan dan duka semalam dengan bayangan esok yang dipenuhi dengan ketidakpastian dan kerapkali menakutkan.

Jadi sahabat Ana semua....sedih tu memang hakikat yang menjadi pekara biasa bagi setiap insan, boleh bersedih tapi biarlah berpada-pada...apalagi sahabat semua, senyum je dan tak perlu kata apa-apa,hehehe...

WASSALAM....

No comments:

Post a Comment